Rusia tak cadang hantar tentera, bina pangkalan di Venezuela.

.
0

Rusia tak cadang hantar tentera, bina pangkalan di Venezuela.


ST PETERSBURG: Rusia tidak bercadang menghantar pasukan tentera atau membina sebuah pangkalan tentera di Venezuela, kata Presidennya, Vladimir Putin pada Khamis.“Keberadaan pakar ketenteraan Rusia di Venezuela selaras kontrak yang ditandatangani sebelum ini,” kata Putin kepada ketua agensi berita antarabangsa di sini.
Beliau mengulas kenyataan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump di Twitter pada awal minggu ini yang mendakwa Moscow memaklumkan Washington, ia bertindak membawa keluar kakitangan Rusia dari Venezuela.Putin berkata, semua pihak berkepentingan harus berkumpul di Venezuela, lapor agensi berita Turki Anadolu pada Khamis.“Sekutu AS sendiri tidak menyokong campur tangan ketenteraan di Venezuela. Campur tangan ke atas hal ehwal dalaman negara lain mungkin membawa kesan serius dan ada kalanya tragik,” katanya.
Venezuela digegarkan tunjuk perasaan sejak Januari lalu, apabila Presiden, Nicolas Maduro mengangkat sumpah bagi penggal ke-2 selepas pembangkang memboikot pengundian.Ketegangan memuncak beberapa hari kemudian, apabila Juan Guaido mengisytiharkan dirinya pemangku presiden, satu langkah disokong AS dan kebanyakan negara Eropah serta Amerika Latin.Sementara itu, Putin membantah dasar AS terhadap Iran yang disifatkannya boleh membawa perpecahan.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top