Tak timbul siapa terajui pembangkang, Pemuda Umno jawab PAS .Asalkan pemerintahan negara dierajui oleh Melayu Islam yang sebenar serta bukan boneka sesiapa.

.
0

KUALA LUMPUR: Pemuda Umno berpandangan tidak timbul soal teraju barisan pembangkang, selepas Pemuda PAS hari ini berkata kerjasama politik antara kedua-dua parti itu perlu menjadikan PAS sebagai “nakhoda”.
Ketua Pemuda, Asyraf Wajdi Dusuki berkata ketika ini kerjasama Umno dan PAS diuruskan oleh jawatankuasa induk dan teknikal bersama.
“Tidak pernah timbul siapa yang patut kuasai siapa kerana masing-masing ada kekuatan dan kelemahan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Pemuda Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini.Beliau menambah Umno dan PAS juga belum sampai ke peringkat perbincangan kerusi pilihan raya.“Baru nak memeterai piagam kita yang asas. InsyaAllah Julai nanti ada mesyuarat induk dan kita akan halusi piagam ini,” katanya.
Sebelum ini, di persidangan tahunan Pemuda PAS hari ini, perwakilan Kedah, Nasrun Othman dalam ucapannya berkata kerjasama Umno dan PAS perlu didasari beberapa syarat, antaranya menjadikan PAS sebagai nakhoda.Sementara itu, Asyraf berkata Pemuda Umno konsisten tidak mahu parti terjebak dengan rundingan pintu belakang untuk menjadi kerajaan.
“Rakyat telah hukum Umno dan Barisan Nasional (BN) dan kita dalam proses bangkit dengan satu perubahan yang positif berasaskan apa rakayat kehendaki,” katanya.Beliau juga mengumumkan Umno mencatatkan pertambahan ahli yang memberangsangkan dalam tempoh sebulan lalu.
Dari 6 Mei sehingga pertengahan Jun, parti itu mencatatkan peningkatan ahli sebanyak 2,088 orang.“Bila jadi pembangakang orang lebih berminat kut,” katanya.

Post a Comment

0Comments
Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top