Baru2 ni kecoh pasal Masjid Sungai Nibong kena berhenti kerja sebab kontraktor LRT.. Ramai yang pm aku tanya situasi..
So aku update sikit.. Lepas Asar tadi baru lepas pergi perjumpaan penerangan situasi Masjid tu.. FYI aku mmg kariah masjid nie.. n masjid ni la tempat aku sembahyang terutama jumaat setiap hari..
Cerita dia Masjid Sungai Nibong dah 6-7tahun kumpul dana utk buat Masjid baru.. Tanah masjid n kubur tu merupakan tanah wakaf.. So selepas bergelut macam2 masalah timbul bulan puasa hari tu, Impian kami kariah masjid tercapai..
JKR award contract atau lantik kontrak utk roboh dan bina masjid baru 3 tingkat, selama 2 tahun..
Kontracktor pun begitu efficient utk siapkan kerja yang telah di amanahkan.. Segala kerja meroboh berjalan dengan lancar..
Tiba2 syawal nie, dapat notis berhenti kerja dari JKR.. KERANA jajaran LRT yang telah dipersetujui telah diubah dan akan mengambil lebih kurang 30% dari TANAH WAKAF!!..
Cuba korang baca perlahan2 perangan sebelum ni skali lagi!! 😡
Boleh pulak selepas dah award lulus plan semua dia nak ubah jajaran n minta masjid kebelakang..😡 Babi ke babi?!! Korang sengaja tunggu masjid roboh ka macamna utk tukar jajaran???
Yang lantik kontraktor n SO adalah JKR.. sumber kewangan 4juta lebih dari sumbangan org awam 1 juta lebih ICU dan 1 juta lebih ZAKAT Penang.. Takkan JKR buat kerja tak dak plan kot?..
Isu jajaran baru..
1. Kerja2 pembinaan masjid akan hentikan sehingga selesai.. Selesai macamana?.. nak masuk pelan baru, nak buat pengambilan balik tanah?(yang entah bila boleh selesai).. 😡
2. Akan membahayakan kariah masjid, terutama apabila kawasan laluan keluar masuk masjid adalah dibawah landasan LRT!! 😡
3. Laluan tu akan berada di atas 1200 buah kubur.. Kemungkinan kubur akan berubah..
So, siapa y patut buat kerja dalam isu nie?.. Adil ka kami duk diam, tanpa pertahankan hak kami.. Sedangkan tanah, tanah wakaf.. Sumber dibiyai lebih separuh dari org awam..
Jawatan kuasa masjid dan kariah sepakat, tidak akan berganjak walau seinci dari tanah wakaf dan pelan yang telah diluluskan..
Kami berharap sokongan kawan2, muslimim dan muslimat utk sebarkan dan memberi tekanan kepada pihak berwajib supaya tidak ambil HAK kami..
Semoga perjuangan kita dirahmati & diredai Allah SWT..