Putrajaya U-Turn lagi: “Manifesto bukan kitab suci!” – PM
Parlimen, 16 Julai : Putrajaya melakukan U-turn lagi berhubung perlantikan speaker dewan rakyat semalam. Berdepan kritikan, Perdana menteri ke 4 dan ke 7, Tun Dr Mahathir berkata manifesto buku Pakatan Harapan bukanlah “kitab suci” yang wajib dipatuhi.
Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengakui HARAPAN tidak dapat melantik speaker dari kalangan anggota parlimen seperti yang dinyatakan dalam manifesto.
“Tapi atas sebab tertentu, kita tidak dapat patuhi manifesto. Kita perlu ingat, manifesto bukan kitab suci, ia hanya panduan. Kadang-kadang kita boleh laksanakan sesuatu perkara, kadang-kadang tidak boleh, jadi kita perlu berfikiran praktikal” – Tun Dr Mahathir.
try
ردحذف