AS berniat jahat: Jong-un

.
0

AS berniat jahat: Jong-un


AS berniat jahat: Jong-un

 0
Presiden Russia, Vladimir Putin menghadiahkan sebilah pedang kepada pemimpin Korea Utara Kim Jong-un selepas ucapan mereka di kampus Universiti Persekutuan Far East di Pulau Russky di Vladivostok, Russia, semalam. - Foto EPA

AS berniat jahat: Jong-un




VLADIVOSTOK: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, menuduh Amerika Syarikat bertindak ‘dengan niat jahat’ pada perjumpaan terakhir mereka, lapor media di Pyongyang hari ini.Beliau berkata demikian pada pertemuan julung kali dengan Presiden Vladimir Putin.Kedua-dua pemimpin bertemu semalam di bandar raya Vladivostok di timur jauh Russia, bagi pertemuan pertama bertujuan menangani pengaruh AS ketika Jong-un bertelagah dengan Presiden Donald Trump berhubung senjata nuklear Pyongyang.Putin mahu menjadikan Moscow berperanan penting dalam ketegangan baru global, dan Jong-un bersetuju dengan idea itu, dalam rundingan yang digambarkan agensi berita KCNA sebagai ‘tanpa syarat dan mesra’.
Kedua-dua pemimpin saling menyambut sesama sendiri dengan mesra, berjabat tangan dan bertukar senyuman, pada awal pertemuan itu yang berlanjutan hampir lima jam.Putin, yang diketahui suka melewatkan pertemuan dengan tetamu antarabangsa, menunggu Jong-un ketika beliau melangkah keluar dari limosin yang membawanya.Ketika rundingan, Kim berkata ‘keadaan di semenanjung Korea dan wilayah itu kini tegang dan mencapai titik kritikal’, lapor KCNA.
Beliau memberi amaran bahawa keadaan itu ‘mungkin kembali ke asal apabila AS mengambil bertindak sehala dengan niat tidak baik pada pertemuan kedua Korea Utara dan AS, lapor agensi itu.“Keamanan dan keselamatan di semenanjung Korea bergantung sepenuhnya kepada tindakan AS seterusnya, dan Korea Utara akan menahan diri sendiri bagi setiap kemungkinan,” KCNA memetik Jong-un sebagai berkata.Pertemuan Jong-un dan Trump pada Februari lalu berakhir tanpa sebarang perjanjian mengenai senjata nuklear Korea Utara. — AFP

إرسال تعليق

0تعليقات
إرسال تعليق (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Accept !
To Top